Sunday, January 22, 2012

Kebaikan dan kecantikan. Apa kaitannya?

Kecantikan dan kebaikan adalah saling berkait rapat antara satu sama lain. Setiap seorang daripada kita mempunyai kesedaran tersendiri terhadap apa yang kita mahukan dan apa yang perlu kuta lakukan.

Secara jujur, semua orang tahu apa yang mereka perlu buat. Soalannya adalah adakah mereka mahu mengambil tindakan untuk mengubah hidup mereka.

Bukannya mudah untuk mengubah hidup kita. Jika mudah semua orang sudah buat. Tetapi semua orang mampu mengubah hidup mereka. Terpulang kepada mereka samada mereka mahu berubah atau tidak.

Kesedaran ini amatlah penting kerana kesedaran inilah yang membawa hidup kita. Kesedaran ini haruslah diingat ianya datang daripada Allah SWT yang menciptakan langit dan bumi.

Kerana itulah setiap kebaikan datang daripada Allah dan setiap keburukan datang daripada diri kita sendiri. Kenapa pula? Keburukan datang hasil daripada dosa kita dan tindakan kita yang tidak mahu mengikut fitrah yang ditentukan oleh Allah SWT.

Anda dengan sengaja tidak mahu mengikut kata hati anda yang benar sebaliknya anda mengikut hawa nafsu anda yang sentiasa menyeru ke arah kejahatan dan membawa anda jauh daripada kebenaran dan kebaikan.

Kejahatan itu akan bertambah di dalam hati anda sehingga anda merasakan itulah suara hati anda sebenarnya tidak sama sekali. Ianya adalah pilihan anda sehingga akhirnya hati itu sendiri rosak dan punah. Walaupun begitu, kesedaran masih mampu lagi mengubah keadaan jika ANDA MAHU.

Terpulanglah kepada anda jika anda mahu mnegubah diri.

Soalan, apa kaitannya dengan kecantikan? Semua orang menyukai orang baik dan itulah kecantikan.